percubaan pertama buat kek dan guna oven kek lapis. dah dipotong kek ni sebab aisya nak bawak gi tadika. resipi dari kak nah. kak nah ni dgn adik dia pandai buat kek. dan adik dia amik tempahan
pelbagai jenis kek.
layannn resipi mudah kek bahulu sarawak di bawah
terhangit skit kek ni tapi janji sedap makan je lah
bahan-bahannye
5biji telur
2cwn gula
1cwn minyak masak
2cwn tepung
1biji kelapa parut putih sahaja
1s/t baking powder
1s/t esen vanilla
1s/t pandan flavour (klau sukalah)
sedikit pewarna merah dan hijau(ikut sukalah)
cara-caranye:
- telur dan gula dipukul sehingga kembang
- masukkan kelapa parut
- masukkan tepung dan minyak masak secara
berselang seli
- bahagikan adunan kepada 2 bahagian
- satu adunan pewarna hijau dgn perasa pandan
- satu adunan pewarna merah dgn perasa strawberry (ikut sukalah)
- masukkan kedlm acuan secara selang seli
- dibakar pada suhu 180c selama 45 minit ikut oven masing2
bleh hubungi norliza warso ni di 0137403208 utk bertanya ttg tempahan
pelbagai jenis kek
mixing the ingredients tu cam okay senang je..tapi baking in the oven tu nak kena juge pandai. akak dah lama betul tak bakar kek, dedulu masa bebudak rumah ni kecik biasalah buat kek oren dan kek marble yang berbelang merah hijau bake dalam microwave oven (yg lama tu jenis toshiba combination oven).. pernah juga buat pineapple upside down cara micorowave..sekarang ni lupo dah camno nak buek nyo...:heart:
BalasPadam