Resipi Roti Asas - asal dr Roshayati Rnet
(sweet bread doh)
Bahan A
500gm tepung roti
100gm gula castor
20gm susu tepung
11gm yis
5gm bread improver (optional)
bahan A ni digaul dahulu sebati masukkan garam 6gm
Bahan B
air dan sebiji telur dicampurkan menjadi 265gm
jumlah bahan cecair ini bergantung pada kondisi tepung
mungkin lebih atau kurang
Bahan C
butter 80gm atau gandingan butter dan shortening
bread softner 5gm
Cara2
gaul sebati bahan A masuk bahan B dan di uli hingga sebati baru
masuk kan Bahan C dan uli lagi sehingga licin dan elastik mcm roti
canai ditarik tak putus. perap hingga 2x ganda dlm lingkungan
30 ke 45minit. setelah naik buang angin dan bahagikan doh dan
bentuk2kan. dan bleh di taruk inti semasa ini. perap hingga
2x ganda dan bakar ikut suhu panas oven masing2 biasa
180c ke 200c,,,
kalau bun dlm 15minit kalau roti loaf dlm 25 ke35minit
harap2 faham ye,, kalau tak faham kena attend kelas roti yg
berdekatan,,, resipi di atas boleh di pelbagai kan seperti bun,
roti pizza, sosej etc,,,,
Refleksi kehidupan 74
3 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan